PRUDENTIAL BSN TAKAFUL KEMAMAN * PELAN TAKAFUL BERKAITAN PELABURAN YANG FLEKSIBEL BERSESUAIAN DENGAN PELABURAN PERUBAHAN HIDUP ANDA

BSN PRUDENTIAL TAKAFUL KEMAMAN

hari ini anda mampu menjaga keluarga serta membiayai kos rawatan hospital keluarga anda, mungkinkah anda mampu untuk selama- lamanya .

temui kami sepanjang bulan januari , kami akan membuka booth di sekitar anda :

BOOTH TMC MESRA MALL
20.1. 2012 sehingga 24.1. 2012

BOOTH PASAR TANI KEMAMAN
6/13/20/27 JANUARI 2012 ( SETIAP JUMAAT)

BOOTH KERTEH AIRPORT
(SETIAP RABU)

BOOTH PACAK MAYBANK
(MINGGU PERTAMA DAN KETIGA SETIAP BULAN)

KLINIK KESIHATAN
15/29 JANUARI 2012

BOOTH JPN KEMAMAN
8 JANUARI 2012.

*sebarang pertanyaan hubungi kami
SYURIAH 019 3539794
FAIZAL 019 2816812

PRUBSNLINK SERIES (PELAN 3 DALAM 1)

HARI INI ANDA MAMPU MENJAGA KELUARGA SERTA MEMBIAYAI KOS RAWATAN HOSPITAL KELUARGA ANDA , MUNGKINKAH ANDA MAMPU UNTUK SELAMA-LAMANYA ?


PRUBSNLINK SERIES (PELAN 3 DALAM 1



MANFAAT PERLINDUNGANKAD RAWATAN TAKAFULHEALTHSIMPANAN DAN PELABURAN


1) pampasan kematian*
2) pampasan hilang upaya kekal*
3) pampasan kemalangan*
4) pampasan 36 penyakit kritikal*
5) elaun harian wad dan icu
6) elaun pembedahan
7) elaun tahunan hilang upaya*
8) elaun tahunan penyakit kritikal*
9) pengecualian sumbangan :
a) 36 penyakit kritikal*
b) hilang upaya kekal*
c) kematian


1) kad rawatan bernilai dari RM 50000 hingga RM 1,500,000
bilik rm150 hingga bilik rm400
2) perlindungan 24 jam di lebih 60 panel hospital
3) bantuan kecemasan dalam dan luar negara
4) rawatan pesakit luar, cthnya sebelum masuk hospital, selepas keluar hospital, penjagaan jururawat, rawatan barah, dialesis buah pinggang dan kemalangan.

1) pelaburan berlandaskan syariah
2) kadar pulangan yang tinggi
3) melabur untuk dana persaraan anda
4) melabur untuk dana pendidikan anak anda
5) bonus tanpa tuntutan sehingga rm500*

INTRO


"TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA
1 BILLION PRUDENTIAL "







PEMBUKA MINDA


Sekiranya Saya Minta Dari Anda RM 50,000 Sudah Tentu Anda Tidak Akan Beri, Tapi Kalau Doktor Anda Minta RM50,000 Adakah Anda Akan Beri Sekiranya Ia Melibatkan Nyawa Anda?
Anda Sudah Anda Perlindungan Dari Syarikat! Hanya Mungkin Berminat Selepas Bersara (Umur 55). Tahukan Anda Takaful Kesihatan Hanya Boleh Diambil Ketika Sihat Sahaja. Sudah Ada Diabetis @ Darah Tinggi Segalanya Mungkin Sudah Terlewat. Adakah Anda Boleh GUARANTEE Anda Tiada Penyakit Apabila Menjelang Umur 50-an. Sanggupkah Anda Menggunakan Wang EPF @ KWSP Anda Untuk Membayar Bil Hospital???

Pepatah Lama Yang Sudah Bertukar – Harimau Mati Meninggalkan Belang Tapi Manusia Mati Meninggalkan HUTANG.

Anda Rasa RUGI Ambil Takaful, Tapi Anda LAGI RUGI Kalau Tak Ada TAKAFUL. Sekiranya Anda Tidak Membuat Sumbangan Hari Ini, Satu Hari Nanti Anda Pasti Menyumbang


KONSEP TAKAFUL


Takaful adalah satu pakatan sekumpulan orang ramai yang berjanji untuk saling bantu membantu di antara satu sama lain. Di dalam sistem takaful peserta bukannya membeli satu polisi insurans seperti kebanyakan sistem konvensional. Di sini para peserta bersetuju untuk menyertai suatu pakatan di mana mereka bersetuju untuk mendermakan sebahagian dari sumbangan mereka ke dalam satu tabung yang akan digunakan untuk membantu mereka yang ditimpa musibah.

Bersesuaian dengan firmanAllah,

"...Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan takwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya)."

(Al-Maidah, 2)


Oleh itu tujuan sistem takaful diwujudkan adalah untuk mewujudkan persaudaraan yang erat di kalangan ummat berlandaskan lunas-lunas syariah. Konsep ini dapat direalisasikan dengan persetujuan setiap peserta untuk bersama-sama menanggung risiko antara satu sama lain.
Kesimpulannya, sifat mementingkan diri sendiri seharusnya tidak wujud di kalangan peserta takaful.



Mengapa Anda Perlu Menyertai Takaful?

  • Sebagai satu perlindungan sekiranya musibah menimpa diri dan keluarga
  • Suatu bentuk simpanan dan pelaburan jangka panjang
  • Suatu bentuk perlindungan kepada pendapatan anda
  • Menolong mereka yang dalam kesusahan
  • Menguatkan ukhuwah sesama umat Islam
  • Bersesuaian dengan konsep tawakkal, di mana setiap manusia perlu berusaha dalam setiap pekerjaannya

Sistem Takaful


  • Tertakluk kepada Akta Takaful 1984
  • Peserta dikehendaki membayar sumbangan berdasarkan konsep tabarru'at (derma)
  • Pihak Syarikat merupakan Pengendali risiko
  • Penyertaan Takaful adalah merupakan satu akad di antara Peserta dan Pengendali risiko
  • Terdapat satu Majlis Pengawasan Syariah yang bertanggungjawab memastikan segala transaksi Syarikat berpandukan Syariat Islam
  • Tidak ada unsur riba, maisir(judi) dan gharar (tidak jelas) terlibat.

Takafulink Plan


Takafulink merupakan Pelan Takaful Keluarga yang berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Ia dirangka bagi memenuhi keperluan perlindungan dan pelaburan setiap peringkat umur.


Peruntukkan sumbangan untuk perlindungan dan pelaburan seperti di jadual:


Secara umumnya, Pelan Takafulink ini terdiri daripada 3 pecahan akaun yang utama iaitu:

» Participant Unit Account (PUA) - Rujuk manfaat No.1, No.2 dan No.
» Individual Special Account (ISA) - Rujuk manfaat No.4 hingga No.13
» Investment Unit Account (IUA) - Rujuk manfaat No.14


Berikut adalah senarai manfaat yang terdapat di dalam Pelan Takafulink berserta dengan penerangan ringkas.

1. Khairat Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan
  • Sekiranya berlaku kematian, pampasan akan diberikan sekali gus bersama jumlah simpanan yang ada pada tahun itu.
  • Sebab kematian terdiri kematian biasa atau kemalangan.
  • Sekiranya pemegang polisi lumpuh kekal keseluruhan disebabkan oleh penyakit dan berlaku sebelum umur 60 tahun, pampasan akan diberikan sekali gus.
  • Manfaat-manfaat lain akan kekal seperti biasa.

2. Pemegang polisi akan mendapat elaun tahunan (rujuk Elaun Lumpuh)

3. Crisis Shield(Pampasan 36 Jenis Penyakit Kritikal)

  • Sekiranya pemegang polisi mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus.
  • Kos rawatan akan ditanggung oleh kad perubatan ( rujuk manfaat medical card)
  • Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur pemegang polisi mencapai 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu (Dengan syarat manfaat Contributor disertakan. Sila rujuk manfaat No-14). Sekiranya manfaat Contributor tidak disertakan, client perlu menyambung caruman sehinggalah tamat tempoh
  • Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik tanpa anda perlu mencarum lagi .
  • Wang pelaburan itu juga boleh dikeluarkan dan nilai pampasan tersebut di atas tidak ditolak daripada wang pelaburan.
  • Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.

4. Crisis Cover Plus (CCP)

  • Ia merupakan manfaat tambahan i.e rider yang memberikan perlindungan lebih tinggi kepada pemegang polisi atas sebab kematian, sakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan i.e Total Permanent Disable (TPD)
  • Sebaik sahaja pemegang polisi disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal, manfaat CCP akan dibayar sekali gus manakala manfaat asas utk kematian i.e Basic Sum Covered masih kekal.
  • Sekiranya kematian berlaku sebelum tuntutan 36 jenis penyakit kritikal dibuat, manfaat CCP ini akan dibayar bersama-sama Basic Sum Covered (manfaat no.1)

5. Crisis Cover Income (Elaun Pendapatan tahunan apabila mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal)

  • Manfaat ini akan membayar pampasan bagi menggantikan pendapatan kita sekiranya kita mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
  • Jumlah pampasan akan dibayar setahun sekali sehingga umur 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih dahulu.

6. Kemalangan (Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan)

  • Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1 dan No 2).
  • Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
  • Sekiranya pemegang policy mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)
  • Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah membuat tuntuan ADD benefit pada tahun semasa 100%, untuk polisi tahun berikutnya, jumlah manfaat akan jadi 100% semula. Sekiranya pada tahun yang semasa anda telah membuat tuntutan 100% untuk manfaat kemalangan, dan malang tak berbau, anda sekali lagi ditimpa kemalangan pada tahun yang sama, tiada pampasan untuk manfaat No.4 boleh dituntut untuk tahun itu.

7. Accident Medical Reimbursement (Bayaran Balik Kos Perubatan akibat kemalangan)

  • Membayar balik semua kos perubatan akibat kemalangan berdasarkan jumlah yang dilindungi dalam masa 104 minggu dari tempoh kemalangan berlaku, sekiranya tidak masuk wad. Sekiranya anda mendapatkan rawatan di klinik biasa pun, anda boleh claim kos rawatan tersebut dengan syarat rawatan tersebut adalah disebabkan oleh KEMALANGAN, dan bukannya penyakit.
  • Manfaat ini juga boleh digunakan untuk menampung kos ko-takaful yang dikenakan pada manfaat Medical Card untuk rawatan akibat kemalangan.
  • Bayaran balik kos rawatan akibat kemalangan dalam manfaat ini akan membayar balik 100%, tiada dikenakan ko-takaful.

8. Weekly Indemnity (Pampasan Mingguan)

  • Manfaat ini akan membayar pampasan mingguan disebabkan keilatan sementara (Temporary Disable) akibat kemalangan atau dengan kata lain 'Elaun Cuti Sakit akibat kemalangan'. Manfaat ini diwakili dengan nilai unit. Terdapat 2 bahagian Keilatan Sementara ( Temporary Total Disable @ TTD dan Temporary Partial Disable @ TPD)
  • 1 Unit manfaat akan membayar RM 100 seminggu bagi TTD dan RM 50 bagi TPD. Penetapan sama ada TTD atau TPD akan ditentukan melalui laporan doktor berkenaan dengan Proses Penyembuhan (Healing Progress).

9. Takaful Health (i.e Kad Perubatan / Medical Card)

  • Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh Malaysia.
  • Boleh digunakan di dalam dan luar negara.
  • Manfaat yang ditawarkan adalah seperti berikut (medical coverage table)
  • Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.

10. Medical Cover

  • Manfaat ini mempunyai 3 gabungan manfaat iaitu Elaun Hospital (Hospital Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah.
  • Elaun Hospital (rujuk Manfaat no-10)
  • Elaun ICU - Membayar elaun harian selama berada dalam wad ICU
  • Elaun Bedah (Surgical Procedure Benefit) - Membayar pampasan pembedahan bergantung kepada kadar keseriusan (Severity Level)
  • Manfaat ini dibayar berdasarkan unit yang diambil.
  • 1 Unit mewakili : RM 50 sehari (Elaun Hospital), RM 100 sehari (Elaun ICU) & RM 2,500 setiap procedure (Elaun Bedah)
  • Elaun Bedah akan diberikan bergantung kepada kadar keseriusan (severity level)

11. Elaun Hospital (Hospital Benefit)

  • Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari klien duduk dalam wad
  • Hospital Benefit diwakilkan dengan Unit. 1 Unit bersamaan RM 50 sehari. Contoh, 8 unit = 8 x RM50 = 400 sehari.
  • Maksimum unit adalah 8 untuk satu polisi.
  • Sekiranya anda memasukkan Manfaat Medical Cover dalam polisi anda, i.e Manfaat No 9, jumlah maksimum unit untuk Hospital Benefit & Medical Cover adalah 8 unit. Sebagai contoh, Manfaat Hospital 5 Unit, Manfaat Medical Cover 3 Unit i.e jumlah kedua-dua unit manfaat tersebut tidak melebihi 8 unit.
  • Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar. Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda, Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan bill atau resit asal. Bil hospital akan dibayar melalui Medical Card dan elaun hospital akan diberikan kepada klien selepas keluar dari hospital. Biasanya dalam masa 14 hari bekerja.
  • Jumlah yang dibayar tidak akan ditolak daripada mana-mana manfaat lain. Maksimum claim setahun adalah 100 hari dan minimum perlu berada di dalam wad adalah 6 jam.
  • Hospital - semua jenis (swasta atau kerajaan)

12. Elaun Lumpuh (Disability Provider)

  • Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable) sama ada akibat penyakit atau kemalangan.
  • Pampasan akan diberikan setahun sekali sehingga umur 60 tahun.
    12. Manfaat Pengkebumian
  • Bayaran RM 2,000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah. Pampasan ini boleh dituntut sebaik sahaja klien meninggal dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar mengenai berita kematian tersebut.

13. Premium Percuma (Contributor Benefit)

  • Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya klien disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Sila rujuk senarai penyakit kritikal.
  • Manfaat lain yang berkaitan adalah : Parent Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor

14. Pulangan Pelaburan

  • Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda. Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan untuk tujuan apa sekali pun dengan syarat nilai tunai terkumpul melebih RM 4,000.
  • Anggaran pulangan pelaburan 9% hingga 11% setahun (bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih).
  • Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.

Takafulink Cerdik

Takafulink Cerdik merupakan pelan pendidikan daripada PruBSN Takaful. Pelan ini merupakan sejenis caruman tetap dan mempunyai tempoh matang sehingga umur anak 25 tahun. Pelan ini bukan sahaja memberi perlindungan untuk pendidikan malah perlindungan dari segi kematian, kemalangan, peyakit kritikal, kad perubatan (Medical Card) dan beberapa manfaat lain seperti di bawah.

1. Khairat Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan

  • Sekiranya berlaku kematian kepada anak, pampasan akan diberikan berdasarkan tahun penyertaan.
Umur pada tarikh akan datang

1 Tahun : 20% daripada jumlah perlindungan (sum covered)
2 Tahun : 49%
3 Tahun : 60%
4 Tahun : 80%
5 Tahun dan ke atas : 100%
  • Sekiranya anak mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus (lump sum).
    Segala kos rawatan perubatan akan ditanggung oleh kad perubatan MMC (rujuk manfaat medical card)
  • Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur anak mencapai 25 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu.Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik. Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.

3. Kemalangan (Mati atau Lumpuh)

  • Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan.
  • Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1).
  • Sekiranya anak meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
  • Sekiranya anak mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)
  • Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah buat tuntutan sehingga habis manfaat ini pada tahun tersebut, jumlah yang dilindungi akan menjadi 100% semula.
  • Akan tetapi sekiranya tuntutan 100% dilakukan pada tahun itu, untuk tuntutan manfaat ini pada tahun yang sama tidak dibenarkan. Manfaat ini diperbaharui mengikut tahun polisi.


4. Kad Perubatan (Takaful Health)

  • Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh - Malaysia. Boleh digunakan di dalam dan luar negara.
    Manfaat yang ditawarkan adalah seperti berikut (Sila refer medical card)
    Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.

5. Elaun Hospital

  • Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari klien duduk dalam wad.
  • Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar.
  • Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda.
  • Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan bil atau resit asal.

6. Elaun ICU

  • Elaun tambahan akan diberikan disepanjang tempoh klien berada dalam ICU.

7. Elaun Bedah

  • Elaun Bedah akan diberikan sekiranya klien menjalani procedure pembedahan. Sila rujuk Jadual Manfaat Elaun Pembedahan.

8. Elaun Lumpuh

  • Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable)

9. Khairat Pengkebumian

  • Bayaran RM 2,000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah.
  • Pampasan ini boleh dituntut sebaik sahaja klien meninggal dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar mengenai berita kematian tersebut

10. Premium Percuma

  • Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya anak disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Sila rujuk senarai penyakit kritikal
    Pembayar meninggal dunia
  • Pembayar lumpuh kekal keseluruhan (TPD)
  • Pembayar mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
  • Semua manfaat lain dalam plan ini berkekalan sehingga tamat tempoh polisi iaitu pada umur anak 25 tahun.

11. Pulangan Pelaburan

  • Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda.
  • Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa untuk tujuan pembelajaran anak dengan syarat nilai tunai terkumpul melebih RM 4,000.
  • Anggaran pulangan pelaburan 9% hingga 11% setahun (bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih).
  • Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.



Takafulink Puteri


Pelan-Pelan Takaful Puteri menawarkan pelbagai manfaat tambahan kepada wanita yang biasanya tidak terdapat didalam pelan Takafulink.





Terdapat 2 pilihan pelan iaitu Takaful Puteri atau Takaful Puteri Plus

Kedua-dua pelan menawarkan tiga tahap jumlah yang diinsurankan iaitu RM50,000, RM100,000 atau RM150,000

Pelan Takaful Puteri menawarkan:

  • Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi daripada penyakit-penyakit berkaitan wanita


Pelan Takaful Puteri Plus menawarkan:

  • Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi anda daripada penyakit-penyakit yang berkaitan wanita.
  • Manfaat Penjagaan Ibu yang melindungi komplikasi kehamilan dan penyakit-penyakit congenital bayi (penyakit sejak lahir)

Manfaat Penjagaan Wanita

A) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah 100% jumlah yang diinsurankan akan dibayar.

  • Kanser berkaitan wanita
  • Kanser payudara atau
  • Kanser Uterus Serviks atau
  • Kanser Tiub Falapio atau
  • Kanser Ovari atau Kanser Uterus atau
  • Kanser Vagina/Vulva

atau Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis

30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar sekiranya disahkan mengidap Karsinoma-in-situ Payudara atau Uterus Serviks.Bagaimanapun, apabila disahkan kemudiannya mengidap kanser berkaitan wanita atau Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis, kami akan membayar baki 70% daripada jumlah yang diinsurankan.

B) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah. 30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar .

  • Artritis Reumatiod dengan Komplikasi atau
  • Pembedahan Rekonstruksi Payudara atau
  • Pembedahan Rekonstruksi Muka kerana kemalangan atau
  • Graf kulit kerana kebakaran atau kanser kulit atau Keretakan Osteoporosis

Manfaat Penjagaan Ibu

A) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah RM10,000 akan dibayar

  • Komplikasi Kehamilan
  • Penyebaran Penggumpalan Intravaskular (selepas hamil 7 bulan) atau
  • Kehamilan Ektopik atau
  • Keguguran Lewat (dari hari 126 hingga hari 196 kehamilan) atau
  • Kematian Fetus (selepas hamil 196 hari) atau
  • Kematian Anak (dalam tempoh 30 hari selepas kelahiran)

B) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian dibawah.RM20,000 akan dibayar.

  • Penyakit-penyakit Kongential Bayi
  • Sindrom Down atau
  • Kecacatan Vetrikel Septum atau
  • Kecacatan Atrium Septum atau
  • Spina Bifida atau
  • Lelangit Rekah Bayi mestilah hidup lebih dari 30 hari selepas kelahiran dan didiagnosis dalam tempoh 2 tahun selepas kelahiran.

Nota: Kejadian yang boleh dituntut di bawah Manfaat Penjagaan Wanita Dan Manfaat Penjagaan Ibu mestilah kejadian pertama yang berlaku di sepanjang hayat Hayat Diinsurankan

Takafulink Saver

Manfaat ini memberikan pulangan yang tinggi disebabkan sebanyak 95% caruman akan dimasukkan ke bahagian pelaburan untuk membeli unit bermula pada tahun pertama mencarum lagi. Sebanyak 5% daripada caruman akan digunakan untuk membayar caj perkhidmatan.

Sekiranya anda pemegang sijil Takaful PruBSN sama ada takafulink atau takafulink cerdik, dan ingin memaksimumkan simpanan atau pelaburan manfaat amat sesuai bagi memenuhi keperluan simpanan anda.

Sila lihat contoh-contoh Pelan Takafulink & Takafulink Cerdik untuk mengetahui lebih lanjut.

IKLAN PRUDENTIAL